Sarawak harap CACAC bantu tembusi pasaran China.



KUCHING: Dewan Perniagaan Pertanian China-ASEAN (CACAC) diharap dapat membantu negeri ini menembusi lebih banyak pasaran di China.
 
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, CACAC merupakan organisasi antarabangsa yang sangat penting di China dalam mempromosikan kerjasama dalam produk pertanian, kapasiti, teknologi dan perdagangan.
 
Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan perwakilan dari organisasi itu yang dipimpin oleh naib pengerusi Zang Xuhong ke pejabatnya di sini hari ini.

Turut menyertai delegasi itu ialah Setiausaha Agung CACAC Wang Xiaojing dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Regal International Group Ltd Datuk Dominic Su Chung Jye.

Uggah menegaskan salah satu kekangan utama yang dihadapi adalah piawaian keselamatan makanan yang ketat dikenaka China.
 "Diharapkan juga kita dimaklumkan segara dengan apa-apa perubahan yang berlaku.

"Ini adalah satu bidang yang boleh kita bentuk bekerjasama antara dua pihak. Ini sangat penting kerana Sarawak berhasrat untuk menjadi pengeksport bersih produk makanan menjelang 2030", jelasnya.

Sebagai contoh, Uggah berkata, sebelum ini terdapat masalah mengeksport produk sarang burung ke China.
 
Mengenai perkara yang sama, Uggah berkata, negeri akan memberi tumpuan lebih kepada pengeluaran tanaman makanan untuk eksport pada masa ini.

Katanya, pelabur Cina amat dialu-alukan untuk melabur dalam membangunkan sektor itu.

"Kita juga melihat China sebagai pasaran yang sangat penting.

"Selain itu kita sangat berminat untuk pertukaran teknologi antara satu sama lain," tambahnya.
 
Dalam ucapannya, Zhang berkata, CACAC, antara lain, bertujuan untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang pertanian, ekonomi, perdagangan, teknologi dan budaya antara China dan negara-negara ASEAN.

"Kami juga berminat dalam kerjasama perniagaan dan pembangunan di sektor pertanian di negeri ini.

"Pada lawatan ini, kami ingin mengetahui keadaan pembangunan pertanian dan peluang pelaburan dan kerjasama.

"Kita juga ingin melihat peluang yang ada seperti penggunaan teknologi, baja, jentera dan lain-lain yang diperlukan," jelasnya.

Zhang berkata, China, misalnya, telah membangunkan teknologi yang sangat baik untuk meningkatkan pengeluaran padi.



LihatTutupKomentar
Cancel