Tutup segera sekolah diserang virus influenza A

KUCHING: Wabak influenza A di sekolah akan dipantau ekoran penutupan sekolah di Pulau Pinang, Selangor dan beberapa negeri yang pelajarnya disahkan disahkan positif influenza A.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan berkata,  Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama KPM akan melakukan pemantauan berterusan di sekolah terlibat.
Menurutnya, peringatan kepada sekolah supaya mematuhi sepenuhnya SOP wabak berkenaan.

Semalam dua kelas Tahun Dua di SJKC Li Hwa, Butterworth, Pulau Pinang ditutup selama 11 hari bermula 8 Januari selepas 19 muridnya dijangkiti influenza.
 
"Operasi penutupan sekolah hanya akan dibuat setelah mendapat nasihat kementerian,” katanya.

KPM turut mengingatkan sekolah untuk memantau murid atau warga sekolah yang dijangkiti wabak ini.

"Sekiranya terdapat tanda jangkitan, mangsa perlu diasingkan dan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

"Pengetua dan guru besar hendaklah sentiasa mewujudkan kesedaran  mengenai penyakit ini kepada semua warga sekolah," jelasnya.

Selain itu, kerjasama ibu bapa dimohon untuk sentiasa peka terhadap kesihatan anak-anak dan tidak menghantar anak yang sakit ke sekolah.

"KPM memberi jaminan akan mengambil tindakan yang tegas dan serius bagi memastikan kesihatan murid-murid dan warga sekolah sentiasa terjamin," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel