Setengah juta arak seludup dirampas
KUCHING: Risikan selama dua minggu berjaya menjejaki sindiket seludup minuman keras bernilai RM589,000 semalam.
Dua serbuan dilakukan berjaya mematahkan sindiket minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai masing-masing di Batu Kitang dan Batu Kawa.
Serbuan op Libas dilakukan Cawangan Risik dan Skuadron 11 Kereta Perisai Sarawak PGA melibatjkaab 11 anggota.
Komander Briged Sarawak PGA, Datuk Khaw Kok Chin dalam sidang media berkata, serbuan pertama berjaya menahan lelaki warga tempatan berusia 44 tahun dipercayai penjaga barang seludup dan pemandu lori.
Menurutya, serbuan pertama merampas 1,600 kotak bir jenis Kingway dan Esterlla bernilai RM374,000.
Katanya, serbuan kedua merampas 1,100 kotak bir jenis Kingway dan 400 kotak bir jenis Esterlla di sebuah premis Jalan Batu Kawa.
"Semua barang yang dirampas termasuk suspek telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Padawan dan Batu Kawa untuk tindakan lanjut," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.