Siasat paip gas meletup, penduduk Penan bimbang

BARAM: Penduduk penempatan kaum Penan di Ba' Selulun, Baram gempar saluran paip gas Sabah-Sarawak (SSGP) di kawasan hutan meletup setelah bocor.
Bagaimanapun tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 2 pagi itu menggemparkan penduduk kampung yang ketika itu sedang tidur nyenyak.

Api kebakaran dapat dipadamkan dan kebocoran gas berjaya diatasi sepenuhnya pada jam 6.40 pagi hari yang sama. 

Lima perkampungan Penan terletak berhampiran dengan saluran paip tersebut iaitu Kawa, Long Siang, Ba' Selulung, Long Kevok dan Long Urang.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Baru Bian dalam kenyataan meminta siasatan segera dan teliti mengenai insiden kebakaran membabitkan saluran paip gas.

Beliau menyuarakan kerisauan kerana ini bukan merupakan kali pertama insiden kebocoran itu berlaku. 

"Saya dimaklumkan lagi bahawa insiden ini telah menyebabkan banyak keresahan dan mencetuskan rasa takut kepada ramai penduduk berdekatan dengan saluran paip. Saya sendiri sangat prihatin kerana ini adalah insiden keempat selepas itu di Long Segaman, Lawas, pada awal Mei tahun lepas.

Sekali lagi, saya meminta siasatan cepat dan teliti mengenai bagaimana kebakaran boleh meletus sepanjang saluran paip, dan saya diberi taklimat ringkas mengenai perkara yang sama sekali tidak lama," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel