Tembak isteri ketika cuci senapang

TELUPID: Senapang makan isteri tuan. Seorang wanita parah selepas terkena tembakan senapang suaminya di rumahnya di Kg Baba Telupid petang tadi.

Ketika kejadian suami mangsa berusia 49 tahun sedang mencuci senapang jenis bakakuk sebelum terkena tembakan bahagian paha isterinya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Ducthess of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata Pembantu Perubatan Klinik Kesihatan Telupid menghubungi polis pada jam 6.30 petang dan memaklumkan mangsa cedera akibat terkena tembakan senjata buatan sendiri.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, semasa kejadian kira-kira jam 4 petang, suspek yang bekerja sebagai petani sedang mencuci senjata buatan sendiri jenis Bakakuk sebelum terpetik picu dan telah terkena mangsa.

“Bagaimanapun, selepas kejadian itu suspek telah pergi mendapatkan bantuan dan kemudian menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Telupid,” katanya.

Kasim berkata, susulan kecederaan parah yang dialami, mangsa dipindahkan ke Hospital Ducthess of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

Tangkapan telah dilakukan selepas saspek menyerah diri dan disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960.

Beliau menasihatkan kepada semua masyarakat agar tidak menyimpan atau memiliki senjatapi tanpa lesen kerana ia merupakan satu kesalahan dibawah seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.
LihatTutupKomentar
Cancel