Suspek bakar diburu, ganjaran RM1,000


MIRI: Majlis Bandar raya Miri (MBM) memburu  individu yang bakar pondok kupon baru-baru ini.

Sehubungan itu, ganjaran RM1,000 kepada individu yang berjaya mengesan suspek yang cuba membakar pondok kupon.

Pada jam 1 pagi semalam, bomba menerima panggilan daripada pengawal yang bertugas ekoran kejadian mengejutkan itu. 

Sebaik menerima panggilan, pasukan bomba dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadam api kebakaran yang tercetus. 

Satu laporan polis berkenaan insiden terbabit telah dibuat pada pagi semalam bagi siasatan lanjut.

Sehingga kini, punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti

Datuk Bandar Miri Adam Yii  dalam kenyataan berkata, MBM memohon bantuan orang ramai untuk bekerjasama dengan pihaknya dalam mengesan suspek terbabit.
LihatTutupKomentar
Cancel