Tiada kerusi minit terakhir - Chong


KUCHING:  Kami menetapkan tarikh akhir, 
semua pihak mesti bersetuju dengan peruntukan kerusi ditetapkan.
Demikian kata Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak Chong Chieng Jen.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-11 pada 2016, terdapat enam kerusi dengan calon yang bertindih dari DAP dan PKR, iaitu di Mulu, Mambong, Murum, Simanggang, Ngemah dan Batu Kitang.

Chong menegaskan tidak akan ada peruntukan kerusi minit terakhir, seperti yang berlaku sebelum ini. 

"Jangan tanya saya bila tamat tempoh tetapi ia akan menjadi baik sebelum pilihan raya negeri," katanya.

Beliau berkata demikian  selepas mempengerusikan mesyuarat pertama PH Sarawak pada 2020 di ibu pejabat DAP Sarawak hari ini.

Chong berkeras, PH Sarawak menetapkan tarikh akhir bagi rundingan kerusi  bagi DAP, KeAdilan, Bersatu dan Amanah. 

Beliau memberi jaminan tiada lagi 
pertindihan kerusi parti komponen yang bertanding di 82 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri ke-12.

 " Kami akan memuktamadkannya (peruntukan kerusi) dalam erti kata bahawa semua orang akan bersetuju dengan kerusi yang diperuntukkan," katanya.

PRN12 berlangsung sebelum  pertengahan 2021.

Pemerhati politik menyatakan pertembumgan kerusi PH apabila Bersatu Sarawak, yang dilancarkan pada 1 Disember pada 2018, telah menyatakan minat untuk bertanding di beberapa kerusi yang turut menjadi rebutan Keadilan dan Amanah.

 DAP menang tujuh daripada 31 kerusi yang dipertandingkan pada 2016, manakala PKR memenangi tiga daripada 40 kerusi yang dipertandingkan.

Amanah gagal memenangi mana-mana 13 kerusi yang diperuntukkan.

Gambar hiasan daripada laman Rasmi FB Pakatan Harapan Sarawak 
LihatTutupKomentar
Cancel