VIRAL: Si suami dijual isteri berharga $17 sebab CURANG di Kenya

Seorang isteri di Kenya menjadi popular hingga mendapat liputan antarabangsa baru-baru ini.

Dia didakwa menjual suami sebanyak $17 (RM70) kepada wanita yang curang dengan lelakinya itu.

Selepas menangkap suaminya XOXO dengan perempuan itu di atas katil bilik mereka, Edna Mukwana HALAU suaminya keluar dari rumah dan HALANG balik ke sana selama 1 minggu.

Mukwana kemudian membuat TAWARAN untuk menjual suaminya kepada perempuan simpanan itu sebanyak $20 (RM81.81).

Bagaimanapun tak pasti sama ada dia saja-saja membuat tawaran atau berharapkan jawapan.

Perempuan simpanan itu kemudian difahamkan buat TAWARAN BALAS yang diterima si isteri dengan wang itu dibelanjakan bagi beli anaknya baju baru bagi Tahun Baru.

"Saya beritahu perempuan itu untuk beri saya $20 (RM81.81) namun dia hanya beri ($17).

"Saya gunakan semua duit ini untuk beli baju tahun baru untuk anak," kata Mukwana yang sudah tidak mahu kembali semula bersama suaminya lagi.

Apa komen kitak? Kesian suami tok ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†
LihatTutupKomentar
Cancel