VIRAL: Pengantin lelaki pasang rakaman video XOXO pasangannya curang!

Seorang pengantin lelaki 'balas dendam' kepada pasangannya dengan memainkan video pengantin perempuan ketika curang buat seks dengan lelaki lain kepada tetamu majlis perkahwinan mereka di Wilayah Fujian, China baru-baru ini.

Rakaman kejadian balas dendam itu telah menjadi viral dan perbualan warga netizen.

Video tersebut dipercayai diambil tetamu majlis menunjukkan tiga klip majlis termasuk rakaman seks antara pengantin perempuan dan abang iparnya sendiri.

Video pertama menunjukkan MC mengumumkan akan menunjukkan video bagaimana pasangan pengantin itu membesar namun yang keluar adalah video seks berkenaan.

"Kau rasa aku tak tahu," soal pengantin lelaki yang menolak pasangannya sebelum dibaling sejambak bunga dalam rakaman itu.

Mengikut Apple Daily, pasangan itu telah bersama selama dua tahun dan buat keputusan berkahwin pada 6 bulan lalu.

Perbuatan CURANG itu terbongkar selepas pengantin lelaki memasang kamera litar tertutup rahsia di rumah mereka.

Apa lagi menyedihkan, kakak kepada pengantin perempuan curang itu dikatakan mengandung 6 bulan.

Bagaimamapun seorang blogger hiburan China, Jiang Zhe Hu Ba Jie pula menceritakan kejadian curang itu berlaku ketika bertunang apabila si lelaki bertindak ganas yang dikatakan jadi mangsa penganiayaan domestik.

Apa kitak orang rasa? Betul sik tindakan pengantin lelaki tok? Mun betul si perempuan kena pukul, patut sik curang?
LihatTutupKomentar
Cancel