Wanita cedera rumah jiran terbakar

PUSA: Nasib malang seorang pemuda apabila rumahnya musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Utama Pusa dekat sini malam tadi.



Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 5.40 pagi itu Saidon Baharom, yang tinggal sendirian tidak menyedari rumahnya terbakar sehingga lebur dijilat api.


Bomba menerima panggilan dari MERS 999 RC Melaka melaporkan tentang kejadian kebakaran di alamat jalan Feeder Pusa, yang lokasinya sebelum sampai ke SMK Pusa dari arah Betong. 


Mereka turut mengarahkan keluaran Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Betong dan bantuan dari BBP Saratok ke lokasi kejadian.
Ketua BBP Betong, PPgB Vincent Yabi melaporkan ketika di lokasi, kebakaran telah memusnahkan seratus peratus sebuah rumah jenis tidak kekal berukuran 40' x 30'.

Operasi pemadaman dilakukan dengan dua pancutan 200 kaki melalui air dari jentera BBP Betong dan Saratok.

Semasa kejadian seorang wanita cedera melecur pada tangan kiri dan pipi serta telinga kiri sewaktu menyelamatkan sebuah kenderaan jenis proton saga yang hampir musnah dalam kebakaran tersebut.

Mangsa, Dayang Rahman Abg Morni merupakan jiran kepada pemilik rumah tersebut. 

Mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan terus dihantar ke Klinik Pusa untuk rawatan selanjutnya.


LihatTutupKomentar
Cancel