Warga emas hilang masa cari bubu

SERIAN: Warga emas hilang selepas memerika bubu di sungai Kampung Tuie Kanan SALCRA Melikin Serian pada 11 Januari lalu.

Mangsa Ngiang Tungkat berusia 70 tahun keluar rumah tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri serta pakaian yang digunakan adalah baju berwarna putih dan berseluar pendek warna coklat paras lutut.

Mangsa disahkan menantu memounyai masalah sakit lutut dan memerlukan bantuan tongkat untuk berjalan.

Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Tiong Ling Hii berkata, pihaknya sedang menggerakan operasi mencari mangsa dengan kerjasama orang kampung.
LihatTutupKomentar
Cancel