10 ekar belukar, lalang hangus


MIR: Kebakaran terbuka masih menghantui kawasan Miri, 
apabila anggaran 10 ekar belukar dan lalang terbakar melibatkan kawasan berhampiran Perumahan Bayshore, Jalan Lutong di sini hari ini.

Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Miri bertungkus lumus memadamkan kebakaran menggunakan kaedah direct attack, air dari tangki jentera.
Lima anggota masih berada di tempat kejadian memadamkan kebakaran.
 
Dalam pada itu, beberapa kawasan ladang sawit di Kuala Baram dilaporkan mengalami kebakaran, semalam. 
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, hasil tinjauan mendapati paras air yang rendah dalam sistem perparitan di kawasan ladang sawit terbabit menyebabkan api senang merebak. 

Menurutnya, selain Kuala Baram, sebuah ladang di sekitar Permyjaya turut dilaporkan mengalami kebakaran. 
"Sebuah pasukan yang diketuai PBK II Peter bersama tujuh anggota berada di Lot 3711 di Kuala Baram bagi membantu mengawal kebakaran.

"Manakala di sebuah ladang sawit lain pula, pasukan dengan kekuatan seramai 30 orang bersama dua jentera berjaya mengawal kebakaran setakat jam 3 petang," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pasukan kemudian meneruskan pemadaman kebakaran dalam tanah bagi memastikan keadaan terkawal. 

Dalam pada itu, Poh Kiong juga memberitahu, pihaknya juga menerima laporan kebakaran belukar yang melibatkan kebun sawit di Marudi. 
Menurutnya, punca kejadian itu dipercayai berlaku berterusan ekoran cuaca panas dan tiupan angin.

"Pemadaman dijalankan dengan menggunakan air parit berhampiran dan api dilaporkan berjaya dipadamkan.
LihatTutupKomentar
Cancel