Tipu penjaja dengan duit palsu RM100
SIBU: Tergamak menipu peniaga kaki lima dengan membeli ayam goreng menggunakan wang palsu.
Demikian apa yang berlaku kepada peniaga berusia 24 tahun dari Kampung Bandung yang menjalankan perniagaan di Sibu Jaya menerima wang palsu pada petang Ahad.
Semasa membuat laporan polis hari ini, peniaga tersebut berkata, seorang lelaki yang memandu sebuah Hilux datang untuk membeli ayam goreng.
Katanya, dia (suspek) membeli empat ketul ayam yang berharga RM8.
"Lelaki itu memberi RM100 dan wang dikembalikan RM 92," katanya.
Menurutnya, welepas lelaki itu meninggalkan gerai dia baharu menyedari wang RM100 diberikan adalah wang palsu.
Wang diserahkan kepada polis semasa membuat laporan polis.