11 projek penambahbaikan rumah rakyat miskin

 
SRI AMAN: Kesemua 11 Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) di bawah Parlimen Batang Lupar sudah siap dibina.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, beliau berpuas hati dengan projek berkenaan yang siap dibina dalam tempoh ditetapkan.

Jelasnya, beliau yang mewakili suara rakyat di kawasan Parlimen berkenaan merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak di atas keprihatinan membantu golongan kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman yang selesa.

Rohani berkata demikian semasa mengadakan lawatan dan penyerahan Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) Parlimen Batang Lupar di Sri Aman.
Sementara itu, beliau memberitahu, projek baik pulih kediaman itu melibatkan peruntukan sebanyak RM15,000 bagi setiap rumah.

Malah jelasnya, pembayaran projek berkenaan telah dilakukan kepada kepada kontraktor terlibat.
LihatTutupKomentar
Cancel