11 warganegara China dihadap ke Mahkamah Majistret

KUCHING: Seramai 11 warganegara China dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen, di sini,hari ini, atas kesalahan sindiket penipuan atas talian yang menawarkan pinjaman tidak wujud.

Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 34 tahun dituduh di bawah Seksyen 120 B (1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan iaitu pakat jahat jenayahmelakukan penipuan yang memperuntukan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun,sebat dan denda. 
Empat daripada mereka dituduh dibawah Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal di Malaysia setelah pas atau permit tamat atau dibatalkan yang memperuntukan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000.00 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tujuh tertuduh  dituduh dibawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan 
Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan yang 
memperuntukan denda tidak lebih RM1,000.00 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli di hadapan 
Hakim Mahkamah Majistret Siti Zubaidah  Sarkawi dan Hakim Mahkamah Sesyen Dayang Ellis Narisa.

Semua tertuduh yang diwakili peguam Shankar A/L R. P. Asnani mengaku tidak 
bersalah atas kesemua pertuduhan yang telah dibacakan

Hakim Mahkamah Majistret Kuching Siti Zubaidah Sarkawi menawarkan sebanyak RM5,000 bagi ikat jamin kepada semua tertuduh bagi setiap pertuduhan beserta dua orang penjamin tempatan. 

Tarikh sebutan semula kes adalah pada 3 Mac 2020,passport semua tertuduh akan ditahan oleh pihak Mahkamah sehingga tarikh perbicaraan kes. 

Hakim Mahkamah Sesyen Kuching Dayang Ellis Narisa memaklumkan kes
telah DNAA dan mengarahkan kes Imigresen ini dituduh semula di Mahkamah Khas di Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian pada 5 Februari 2020.
LihatTutupKomentar
Cancel