13 jam hilang, alat muzik ditemui semula
BINTULU: Selepas 13 jam pihak polis berjaya menjumpai semula alat muzik yang dilarikan di sebuah studio muzik di Medan Jaya Commercial Centre, di sini.
Alat muzik merangkumi lima unit amplifier gitar dan dram, tiga unit gitar akustik, dua unit gitar eletrik, dua unit keyboard, seunit dram eletrik, seunit pembesar suara, 5 dan 10 unit effect gitar serta pelbagai alat ganti gitar dianggarkan bernilai RM10,000 berjaya ditemui semula.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata,kehilangan alat muzik itu dilaporkan jam 8.20 malam Rabu lalu
"Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun berjaya ditahan polis dalam serbuan yang dijalankan ke atas sebuah rumah sewanya di pusat bandar Bintulu,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, dengan tertangkapnya suspek telah menyelesaikan satu kes pecah masuk sebuah studio.
"Suspek direman sehingga 6 Februari ini bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) kerana memecah masuk premis dan mencuri,"tegasnya.