141 rakyat Malaysia dibawa pulang
WUHAN: Pesawat khas Air Asia yang digunakan dalam misi membawa pulang rakyat Malaysia selamat mendarat di Wuhan, jam 9.01pm tadi.
20 petugas terlibat dalam misi itu termasuk 6 kakitangan KKM yang bertanggungjawab memastikan kesihatan semua penumpang, petugas dan diri sendiri dalam keadaan baik dan langkah-langkah pencegahan serta kawalan infeksi yang ketat dipatuhi.
Penerbangan itu mengambil masa selama empat jam 31 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang pada jam 4.30 petang tadi.
Pesawat khas itu bakal digunakan untuk membawa pulang 141 rakyat Malaysia termasuk pasangan dan anak masing-masing.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan menegaskan pesawat AirAsia bersama 12 krew dan lapan petugas misi HADR itu berlepas ke Wuhan untuk membawa pulang 141 rakyat Malaysia termasuk pasangan dan anak masing-masing.
Menurutnya, penerbangan itu juga turut membawa bersama 500,000 pasang sarung tangan getah (gloves) sebagai sumbangan kepada kerajaan China dalam operasi membanteras penularan wabak koronavirus di negara itu.