30 ekor burung murai dirampas

SIBU: Batalion 10 Pasukan Gerakan Am(PGA) Sibu menyerbu sebuah rumah di Ladang Bawan,KM 2, Jalan Tuah, Off Jalan Nibong, Kanowit kerana memelihara burung murai tanpa permit yang sah.

Hasil serbuan jam 4.04 petang semalam, 30 ekor burung murai berjaya dirampas.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu,DSP Frediel Nyambong berkata,tangkapan telah dibuat ke atas seorang lelaki warganegara Indonesia berbangsa Jawa yang mengaku sebagai pemilik kepada burung murai
tersebut. 

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM 24,000.

"Modus operandi pemilik burung akan menangkap dan menyimpan burung murai tersebut di dalam
sangkar sebelum dijual kepada orang tengah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,burung murai tersebut kemudian akan diseludup masuk ke
Indonesia. 

"Kesemua barang rampasan dan tangkapan telah ditahan di bawah kesalahan Seksyen 29, Sarawak
Wildlife Protection Ordinan 1998 yang mana boleh membawa hukuman denda RM 10,000 dan penjara
selama satu tahun jika sabit kesalahan.

"Kesemua rampasan dan tangkapan akan diserahkan kepada Pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC)
Bahagian Sibu untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel