Perahu nelayan karam di Pulau Bruit

SARIKEL: Ajal masih belum tiba. Demikian nasib menimpa seorang nelayan yang terselamat selepas perahu karam di Muara Sungai Kampung Penibong, Pulau Bruit, awal pagi tadi.

Difahamkan mangsa Kauli Edy, 58, berenang ke tebing untuk menyelamatkan diri selepas perahu yang dinaiki karam.

Ketika kejadian mangsa sedang pergi untuk menangkap ikan sebelum perahu dipukul ombak kuat sehingga terbalik.

Mangsa kemudian terpaksa berenang dakam kegelapan dinihari serta berjalan ke pantai.

Mangsa diselamatkan penduduk kampung yang terserempak dengan mangsa yang meminta pertolongan.

Difahamkan mangsa dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Foto ihsan Joe
LihatTutupKomentar
Cancel