300 ahli PH Kampung Semarang keluar parti sertai Pas
KUCHING - Setelah mendakwa bosan dan muak melihat kejelikan polemik politik di peringkat nasional, 300 ahli dan penyokong Pakatan Harapan(PH) bertindak keluar untuk menyertai Pas hari ini.
Mereka yang mengistiharkan menyertai Pas itu terdiri daripada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).
Menurut Ketua Penerangan PAS Sarawak, Zharudin Narudin, hasrat 300 ahli PH itu telah disuarakan kepada beliau sendiri dan borang kemasukan menyertai Pas turut diterima.
"Mereka yang bertindak keluar dari PH ini adalah dari Kampung Semarang yang mempunyai 652 pengundi.
"Seramai 300 ahli tersebut telah bosan kerana janji palsu PH yang tidak ditunaikan oleh mereka terhadap Sarawak," katanya dalam kenyataan di sini.
Dalam majlis ini, katanya, kesemua ahli tersebut telah berjaya menubuhkan empat cawangan yang turut dirasmikan sekali gus sebentar tadi.
Mereka juga menyambut baik keputusan PAS yang menyokong calon Perdana Menteri ke-8 iaitu Tan Sri Muhyidin Yasin.
Katanya, sokongan padu kepada PAS ini adalah kerana parti itu berterusan menjaga kebajikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro berbanding Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sedia ada.