Boleh kenalpasti siapa pengkhianat Agong, siapa MP dibeli?
Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias
Kemelut politik nampaknya belum reda walaupun Yang di-Pertuan Agong sudah memberi titik nokhtah petang 29 Februari tadi dengan mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke lapan.
Tindakan berhemah teliti dan terbaik oleh DYMM YDPA memecah kemelut yang ditimbulkan oleh ahli dan parti politik.
Tiba-tiba sahaja kemudiannya beberapa Ahli Parlimen membuat u turn daripada tidak menyokong Tun Dr Mahathir kepada menyatakan sokongan menerusi surat akuan bersumpah (SD).
Motif yang jelas bagi menafikan perlantikan TSMY .
Tindakan itu seolah-olah mempertikaikan dan mempersendakan keputusan rasmi DYMM YDPA beberapa jam sebelum itu.
Dengan kata lain secara tersiratnya mereka menggambarkan segala yang negatif (tidak molek disebutkan) terhadap YDPA.
Bukankah itu satu tindakan pengkhianatan, dan dibimbangi boleh menimbulkan huruhara kebimbangan kegusaran kegentaran termasuk rusuhan dikalangan rakyat Malaysia?
Adakah ada usaha untuk menunjukkan ada lagi yang lebih berkuasa daripada YDPA dan Majlis Raja-raja?
Ini membuka hipotesis bahawa wujudnya pihak-pihak yang sengaja menyimbah minyak dan membakar api kebencian terhadap Raja-raja Melayu dan orang Melayu amnya.
Hipotesis ini dikuatkan lagi dengan 'kebimbangan' mereka bahawa kerajaan baru TSMY adalah KERAJAAN BUMIPUTERA PERIKATAN NASIONAL.
Perlukah YDPA melayani karenah tidak bernokhtah seperti ini?
Apakah jaminan selepas ini tidak ada bantahan dibuat? Sampai bilakah ia akan berakhir?
Jika mereka tidak bersetuju dengan tindakan YDPA melantik TSMY tersebut maka buatlah bantahan ikut saluran yang betul.
Pertama, awal-awal lagi YDPA sudah sarankan supaya diadakan sidang khas Parlimen pada 2 Mac bagi mereka memilih dan menyatakan calon Perdana Menteri pilihan mereka.
Namun mereka enggan terima dan menggunakan alasan surat tidak lengkap (walaupun arahan daripada PM sendiri).
Kedua tunggulah pula sidang Parlimen pada 9 Mac ini.
Buat usul undi tak percaya pada Muhyiddin.
Tetapi akhirnya tetap akan dibawa ke Agong juga.
Apakah puncanya kemelut ini masih dipanjangkan walaupun YDPA telah menamatkannya?
Satu hipotesisnya ialah bahawa terdapat Ahli Parlimen yang sudah 'dibeli' untuk menyatakan sokongan kepada calon tertentu.
Mereka inilah beserta dengan pihak dibelakangnya antara pengkhianat negara yqng kebih bahaya daripada LTTE dan pengganas ekstrimis agama.
Persoalannya siapakah mereka? Kenapakah sehingga berita ini ditulis tiada tindakan daripada PDRM?
Saya menawarkan diri kerana saya sendiri pun boleh tentukan dan sahkan siapakah MP pengkhianat yang telah dibeli dengan duit dari luar negara untuk tidak menerima dan memberikan sokongan kepada TSMY yang telah diperkenankan oleh YDPA?
Hipotesis kedua adalah melantik Tun M terlebih dahulu sebagai PM dan kemudiannya menyerahkannya kepada Anwar. Walauapapun TSMY tetap akan 'dikorbankan'.
Bantuan sokongan termasuk duit rasuah dari luar negara itu adalah jelas pengkhianat dan musuh negara. Mengikut undang-undang pengkhianat kepada negara atau pengkhianat kepada YDPA adalah dihukum bunuh (seperti mana kes Al-Maunah dulu).
Bermain dengan nombor, apa disebalik sokongan pada Tun M selepas gagal mendesak dan melantik Anwar sebagai PM?
Penyokong Anwar kata ada majoriti 114, Pas kata ada majoriti 114, penyokong Tun M pun kata ada majoriti 114 orang.
Mana satu yang betul? Yang pasti mesti ada yang berbohong dan menipu.
Untuk selamat tolak dan terimapakai lah apa yang YDPA sudah semak nilai, kira sendiri sahkan dan rekodkan yang membawa kepada perlantikan TSMY sebagai PM ke 8.
Penulis adalah pemegang Ahli Mangku Negara oleh YDPA, Tokoh Wartawan Negara oleh Sultan Pahang dan Anugerah Kajai oleh MPI