4 kes disyaki baharu, 64 negatif dan 16 menunggu ujiuan makmal


KUCHING: Empat kes pesakit disyaki (PUI) bagi COVID-19 daripada 80 kes dilaporkan di Sarawak setakat ini. 

Dua kes baharu dilaporkan di Hospital Miri, dan manakala Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Sibu masing-masing satu kes.

Sebanyak 64 kes diuji negatif dengan 16 lagi kes masih menunggu keputusan daripada ujian makmal. 

Kesemua 16 kes yang masih menunggu keputusan ujian melibatkan 13 warganegara Malaysia (tujuh di HUS, lima di Miri dan seorang di Sibu) dan tiga warganegara China (dua di HUS dan seorang di Miri).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, sebanyak 59 kes keseluruhan adalah warga Malaysia, 18 warganegara China, manakala Thailand, Indonesia dan Kanada masing-masing satu kes.

“Setakat jam 12 tengah hari Rabu, Jabatan Kesihatan telah mengimbas 5,095  pelawat di pelbagai lapangan terbang, pintu masuk darat dan laut. 

“Jabatan Kesihatan sekali lagi menasihatkan mereka yang jatuh sakit (demam, batuk dan sukar bernafas) dalam tempoh 14 hari sekembali dari China untuk mendapatkan rawatan segera. 

“Mereka juga perlu memaklumkan doktor yang merawat mereka mengenai sejarah perjalanan mereka,” katanya dalam kenyataan.
LihatTutupKomentar
Cancel