5 kes baharu, 75 negatif dan 10 menunggu

KUCHING: Lima lagi pesakit baharu saspek sCovid-19 di bawah siasatan (PUI) di Hospital Umum Sarawak (HUS) setakat ini.

Ia menjadikan kes kumalatif PUI di Sarawak 85 kes sejak 10 Januari lalu.

Daripada jumlah tersebut 75 daripadanya adalah negatif dan 10 lagi kes maskh menunggu keputusan ujian makmal.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kesemua pesakit baharu yang disyaki itu adalah warganegara Malaysia.

"Kes dilaporkan setakat ini, seramai 64 merupakan rakyat Malaysia, 18 warganegara China sementara masing-masing satu Thailand, Indonesia dan Kanada," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri pula telah memeriksa 5,176 pelawat melalui udara, darat dan air yang memasuki Sarawak sehingga kini.

Sementara itu, jumlah kes jangkitan COVID-19 di negara ini kekal 19 setakat laporan ini ditulis hari ini, sejak tiga kes pertama dilaporkan pada 25 Jan.

Daripada 19 kes itu, 6 adalah rakyat Malaysia dan 13 warganegara dari China.

Setakat hari ini (14 Feb), empat orang lagi pesakit dilaporkan sudah sembuh sepenuhnya. Kesemuanya adalah warganegara China iaitu seorang wanita berusia 65 tahun, menantu perempuannya berusia 36 tahun dan dua orang cucunya, masing-masing berumur 11 tahun dan 2 tahun.

Ini menjadikan jumlah pesakit COVID-19 yang sudah sembuh kepada tujuh orang. Sebelum ini tiga pesakit COVID-19 di Malaysia dilaporkan sembuh. Mereka juga warganegara China iaitu dua lelaki orang, masing-masing berusia 63 dan 40 tahun serta kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad pada 12 Feb dipetik sebagai berkata keadaan jangkitan COVID-19 di negara ini "masih dalam kawalan dan berada pada tahap pembendungan awal."
LihatTutupKomentar
Cancel