50 orang murid dikuarantin


KUCHING: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak mengarahkan murid kelas program Pendidikan Khas Inklusif (PPKI), Sekolah Kebangsaan (SK) Petra Jaya dikuarantin selama beberapa hari di rumah.

Arahan dikeluarkan selepas ahli keluarga seorang murid kelas ini demam sekembali dari Singapura.

Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Dr Azhar Ahmad berkata arahan kuaratin di rumah untuk tempoh beberapa hari, sebagai langkah awal pencegahan coronavirus baharu atau COVID-19.
 
“Kita menerima maklumat mengenainya malam tadi dan meminta Jabatan Kesihatan agar murid tersebut di kuarantin di rumah. Kita juga memutuskan semua murid kelas yang sama dikuarantin di rumah dalam sehari dua ini bergantung kepada keadaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo Online, hari ini.

Susulan perkara ini, Dr Azhar turut meminta pihak sekolah dan ibu bapa memantau kesihatan anak-anak dan semua murid.

Gago Daily difahamkan kelas pelajar yang terlibat itu mempunyai 50 orang murid dan arahan kuarantin adalah untuk hari ini dan esok bergantung arahan lanjut Jabatan Kesihatan. 
LihatTutupKomentar
Cancel