5,000 hadir pelancaran GPS di Lawas
LAWAS: Lebih 5,000 hadir pada perasmian Gabungan Parti Sarawak (GPS) Zon 15A N.81 Ba’ Kelalan dan N.82 Bukit Sari di Taman Awam Lawas sebentar tadi.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan program berkenaan.
Sebelum itu, Abang Johari turut melawat Showcase Usahawan @Lawas serta diiringi Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N82 Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Seramai 37 usahawan Lawas dan 18 jabatan dari agensi-agensi kerajaan telah mengambil bahagian dalam program ini yang turut menyaksikan pelbagai produk makanan dan kraftangan dipamerkan.