Kuda Minum menyembah bumi
SIBUTI: Batu berbentuk kepala kuda sedang minum air di Pantai Tusan sudah dijangkakan akan runtuh bila-bila masa sahaja, kata Pengerusi Persatuan Pencinta Alam (MNS) Miri, Musa Musbah.
“Ia bukan disebabkan hakisan atau faktor kerja-kerja pembinaan di kawasan berhampiran.”
“Batu ini terbentuk daripada batu pasir yang lembut. Saya sudah meramalkan ia akan runtuh bila-bila masa,” katanya mengulas kejadian itu hari ini.
Menurut Musa, pihaknya pernah membuat kajian pemetaan geologi batu kepala kuda berkenaan.
“Pada kecerunan 45 darjah, didapati batu itu terbentuk daripada batu pasir dengan gerbang ditengah. Saya sendiri berlari pantas bila melalui gerbang itu kerana bimbang ia runtuh.”
Beliau turut mempersoal geologis kerajaan yang meluluskan pembinaan di atas tebing Tusan tersebut.
“Saya khuatir bangunan yang dibina itu akan mengelonsor ke kawasan pantai,” katanya.
1 Komentar
-
Antu Palak February 22, 2020 at 1:42 PM Sekda dh taritkan sia.Alternatif lain kamek cadangkan dipolah palak kuda baru makei konkrit kedak struktur asalnya ea sak dpt jd taritkan baru ngan sak pantei Tusan terus dikunjungi orang rami.