5,494 pelajar Sarawak dapat sijil STPM

KUCHING:Seramai 5,494 orang pelajar di Sarawak mendapat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) tahun lalu.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Dr Azhar Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut seramai 24 calon lulus penuh dalam lima mata pelajaran (5P), 3,741 calon lulus 
penuh dalam empat mata pelajaran (4P), 945 calon lulus penuh dalam tiga
mata pelajaran (3P), 485 calon lulus penuh dalam dua mata pelajaran 
(2P) manakala 299 calon lulus penuh dalam satu mata pelajaran (1P). 

Menurutnya,Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) bagi keputusan STPM 2019 Negeri 
Sarawak adalah 2.66. 

"Dari segi pencapaian individu pula, seramai 96 (1.65%) calon Sekolah 
Menengah Kebangsaan Negeri Sarawak telah berjaya mencapai Purata Nilai 
Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 (maxima) pada tahun 2019 berbanding dengan 
92 (1.74%) calon tahun 2018. 

"Manakala seramai 1,913 (34.82%) calon mendapat Purata Nilai Gred 
Keseluruhan (PNGK) 3.00 ke atas,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,seorang calon Negeri Sarawak telah 
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2019 iaitu Yak Fang Ling dari  SMK Sungai Merah, Sibu, merupakan calon berkeperluan khas: Penglihatan (Buta)

"Seramai 5,837 calon telah mendaftar untuk menduduki Peperiksaan 
STPM di Sarawak pada tahun 2019. 

"Daripada jumlah ini 5,824 orang merupakan calon 
Sekolah Menengah Kebangsaan sementara 13 orang adalah calon persendirian,"jelasnya.
LihatTutupKomentar
Cancel