60 tahun penganjuran tilawah dan hafaz al-Quran
KUCHING: Kolokium Keagungan Al-Quran akan diadakan pada 18 hingga 19 Febuari ini di Dewan Kompleks Islam Sarawak sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1441H/2020M.
Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha berkata,kolokium itu juga diadakan bersempena dengan sambutan 60 tahun
tilawah itu diadakan.
"Kolokium ini menerokai pelbagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pendidikan, perubatan, penyelesaian masalah sosial, sains dan teknologi, pembangunan ekonomi disamping hal-hal kepimpinan, belia dan wanita yang berlandaskan al-Quran.
"Pelbagai pengisian seperti ceramah turut diadakan disampaikan oleh pakar dalam bidang masing-masing,"katanya
ketika mengadakan sidang media Kolokium Keagungan Al-Quran Sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1441H/2020M di Bilik Mesyuarat, Majlis Islam Sarawak, hari ini.
Katanya,penceramah yang dijemput
bukan sahaja dari Sarawak, malah datang dari Semenanjung Malaysia.
Antara penceramah yang dijemput ialah Felo Utama Institut Islam Hadhari UKM, Datuk Profesor Dr Mohd Yusof Othman, Mufti Negeri Sarawak, Datuk Kipli Yassin, Institut Perbankan Islam dan Kewangan UIA, Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor dan Ketua Pengarah Institut Kemahiran Islam Malaysia (Ikim) Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin.