87,953 pemohon KGC di Sarawak
KUCHING: Sebanyak 87,953 permohonan Kenyalang Gold Card (KGC) telah diterima di seluruh negeri ini yang mana penyerahan kepada setiap pemohon dilakukan pada 7 Mac depan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata,KGC mula diperkenalkan pada tahun ini oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
dalam Bajet 2020 telah mendapat sambutan hangat di negeri ini.
“KGC dikhususkan kepada warga emas untuk mendapat pelbagai ganjaran dan potongan harga bagi setiap kemudahan mereka,” katanya.
Beliau berkata,keputusan Kerajaan Sarawak meneruskan beberapa bantuan selain memperkenalkan beberapa lagi bantuan lain telah membolehkan lebih ramai rakyat di negeri ini mendapat manfaatnya.
"Bantuan ini telah berjaya menyelesaikan permasalahan selain meringankan beban kehidupan mereka selama ini.
"Sehingga kini ramai rakyat Sarawak terutamanya masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut telah mendapat bantuan daripada Kerajaan Sarawak,"ujarnya.
Mengenai Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) milik Isah Don di Kampung Tanjong Bako,katanya,PPRMS itu telah pun siap pada bulan Oktober 2019 lepas yang dilaksanakan di kawasan DUN Demak Laut.