Abang Jo rasmi Program Rindok Digital @ Pusa
PUSA: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg merasmikan Program Rindok Digital di Dataran Tandang Sari Pusa sebentar tadi.
Beliau disambut dengan diiringi oleh kumpulan hadrah dan tarian singa dari warga Pusa.
Turut menyambut kedatangan beliau ialah ribuan orang warga Pusa dan penyokong-penyokong dengan kibaran bendera.
Pelbagai gerai dan pameran telahpun dibuka menunggu dan menyambut ketibaan pengunjung.
Antara aktiviti berlangsung pertandingan karaoke kategori bebas menerusi program Bakat Kamek @Pusa yang menawarkan hadiah keseluruhan RM1,200. Johan bakal membawa pulang RM500.
Selain itu pertandingan e-sukan (Mobile Legend) yang menyediakan hadiah keseluruhan RM2,900. Juara bakal membawa pulang RM1,000.
Pada sebelah malam, SMA dijangka menampilkan penceramah terkenal tanah air Ustaz Syamsul Debat dalam sesi ceramah agama yang akan diselitkan dengan program Malam Pusa Berselawat.
Menjelang hari berikutnya akan diadakan randau pertanian bersama Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (MANRED), kempen makan buah-buahan tempatan, pertandingan menangkap ikan keli, forum ‘Apa ada di Pusa’ dan Battle of The Bands.