LTDL dalam kalendar tahunan Sarawak
KUCHING: Sarawak dan Sabah dijadikan pentas utama perlumbaan Le Tour De Langkawi pada tahun depan.
Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sehubungan itu, kerajaan mahu LTDL dapat dirasai serta dinikmati rakyat di seluruh negara.
Katanya, pihaknya akan mengadakan perbincangan mengenai penganjuran LTDL tahun depan.
"Sukan berbasikal ini diminati oleh rakyat Sarawak bukan sahaja sebagai suatu pertandingan malah menjadi sukan riadah, dan minat, jadi rakyat kita hanya perlu mengasah minat mereka dapat pergi ke pertandingan yang lebih baik seperti LTDL ini," katanya pada sidang media perlumbaan LTDL hari ni.
Beliau berkata, penganjuran sukan antarabangsa seperti mana LTDL dan sukan-sukan lain bersesuaian diadakan di Bumi Kenyalang kerana kemudahan yang lengkap ada di negeri ini.
Dalam pada itu, kerajaan Sarawak mengalu-alukan penganjuran perlumbaan bertaraf antarabangsa Le Tour de Langkawi (LTDL).
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sehubungan itu, kerajaan menerima cadangan penganjuran sukan peringkat antarabangsa pada masa akan datang.
"Ia bergantung kepada pihak penganjur melaksanakannya dengan baik di negeri ini.
"Kita memupunyai sudah cukup kemudahan walaupun logistik agak sukar," katanya pada sidang media sempena perlumbaan perlumbaan Le Tour De Langkawi pagi tadi.
Beliau berkata, LTDL begitu bermakna buat rakyat di sini, kerana Sarawak dan Sabah telah dimasukkan semula dalam pentas saringan selepas 25 tahun menyepi.
“Mewakili kerajaan Sarawak dan Ketua Menteri saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana LTDL ialah ilham beliau dan untuk penganjuran di bumi Sarawak dan Sabah kali ini ialah arahan beliau.
“Dengan diadakan LTDL untuk seluruh Malaysia kali ini ia sedikit sebanyak merapatkan integrasi di antara Sabah dan Sarawak serta Semenanjung Malaysia,” katanya.