Abg Jo adakan mesyuarat tergempar di KL?
KUCHING: Perubahan besar bakal berlaku. Ia ekoran spekulasi bertiup kencang Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS), di Kuala Lumpur hari ini.
Difahamkan mesyuarat bersama Abang Johari yang juga Pengerusi GPS dijangka berlangsung di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.
Menurut sumber, semua ahli parlimen telah dimaklumkan perjumpaan berlangsung malam ini.
Katanya, perjumpaan yang biasa dilakukan oleh Ketua Menteri dengan Ahli Parlimen GPS setiap kali sebelum Parlimen bersidang.
"Sik pasti pasal rumours ya..Yang kamek tauk CM jumpa semua MP GPS di KL mlm tok," katanya.
GagoDaily difahamkan mesyuarat GPS ada kaitan dengan mesyuarat Parti Bersatu yang sedang berlangsung. Selain itu menurut sumber, kumpulan Azmin Ali dari Keadilan juga turut mengadakan mesyuarat.
Berita Harian melaporkan, seorang Ahli Parlimen GPS yang enggan didedahkan mengakui ada agenda penting yang akan dibincang, namun enggan mengulas lanjut.
“Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Dalam maksudnya tetapi mudah untuk anda fahami dan tafsir,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Difahamkan, semua Ahli Parlimen itu turut diminta menyediakan songkok dan ‘suit’.
Sementara itu, sumber yang rapat dengan Abang Johari berkata, perjumpaan itu hanyalah mesyuarat rutin menjelang persidangan Dewan Rakyat.
“Ini biasa (perjumpaan) dilakukan oleh Ketua Menteri setiap kali sebelum Ahli Parlimen GPS menghadiri persidangan,” katanya ringkas.
GPS mempunyai 19 kerusi di Dewan Rakyat dengan Ketua Whipnya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Daripada jumlah itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempunyai 13 kerusi; Parti Rakyat Sarawak (PRS) tiga kerusi; Parti Demokratik Progresif (PDP) dua kerusi dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) satu kerusi.
Sementara itu, The Star melaporkan GPS mengatakan memberikan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menjadi Perdana Menteri.
The Star melaporkan, Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang mempunyai 18 ahli undang-undang di Dewan Rakyat, juga bersedia untuk memihak kepada gabungan Kerajaan Persekutuan yang baru yang diketuai Dr Mahathir jika gabungan itu dibentuk di peringkat kebangsaan," kata sumber itu.
"Semua parti komponen GPS bersetuju bahawa GPS akan menyokong sepenuhnya Dr M.
"Dengan keadaan politik di peringkat persekutuan di Putrajaya menjana titik mendidih, GPS dengan 18 kerusi MP mesti membuat pendirian.
"Pilihan untuk menyokong Dr M juga untuk survival GPS di Sarawak.
"Pemimpin GPS merasakan bahawa dengan pilihan raya negeri menjulang, kepentingan GPS di Sarawak akan dilindungi dengan lebih baik dengan Dr M sebagai perdana menteri," kata sumber itu.
Pemimpin GPS baru-baru ini mengadakan mesyuarat tertutup di Kuching dan membincangkan kejadian politik terkini di peringkat kebangsaan.
Sumber itu berkata bahawa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bercakap mengenai hasrat Pakatan Harapan untuk menjatuhkan GPS dan menawan Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang.