Agong sebagai pengaman kemelut

AGONG SEBAGAI PENGAMAN KEMELUT


Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Pentingnya Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai pemutus terakhir, pengaman kemelut, menenteramkan kebimbangan rakyat serta pendamai parti-parti politik yang bertelagah.

Bukan setakat berperanan sebagai ketua agama Islam sahaja.

Semalam dapat dilihat peranan tanggungjawab dan kebijaksanaan YDPA dan Majlis Raja-raja memadamkan api yang membara menyala membakar keharmonian kesejahteraan dan keselamatan negara.

Tinjauan di sekitar perkarangan Istana Negara sejak jam 5.30 petang semalam mendapati puluhan kenderaan rasmi diiringi polis pengiring tiba di Istana Negara.

Sejam sebelum itu YDPA kelihatan tiba di Istana Negara dengan menaiki sebuah helikopter.

Kira-kira jam 7.30 petang semalam, puluhan kenderaan rasmi terbabit dilihat meninggalkan kawasan Istana Negara.

Bagaimanapun Pejabat Perdana Menteri sudah pun mengesahkan tiada pengumuman atau sidang media dari Perdana Menteri pada malam tadi.

Sehingga jam 10 malam, beliau dilaporkan tidak berada di Istana Negara.

Semalam khabar angin bertiup kencang mengenai penubuhan kerajaan baharu.

Pelbagai spekulasi timbul semalam apabila beberapa mesyuarat parti diadakan serentak antaranya Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang berlangsung di Yayasan Selangor, selain itu turut berlangsung pertemuan pemimpin PKR yang dipengerusikan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Namun terlalu awal untuk menjangkakan dan melaporkan apa yang sedang dan akan berlaku dibimbangi dituduh sebagai melaporkan berita palsu pula dan wartawan berisiko ditangkap dan didakwa sebagaimana yang telah terjadi kepada Ibu Yati yang melaporkan berita benar tetapi dituduh palsu oleh polis.


*Penulis pernah dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Rakyat dengan gelaran Tun Puteh oleh DYMM YDP Agong 
LihatTutupKomentar
Cancel