Rugi besar jika bubar parlimen



RUGI BUBAR PARLIMEN, TAK RUGI BUBAR KABINET

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Rentetan tindak tanduk yang keterlaluan dari parti sekutu Pakatan Harapan, DAP yang telah lama belot terhadap aspirasi memartabatkan perjuangan rakyat dari segi kos sara hidup, keadilan sosial serta urus tadbir.

Perlakuan DAP yang membawa kembali matlamat lama mereka iaitu berkaitan isu mahu menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu,  terbaru pembebasan tahanan militan LTTE yang turut disertai pemimpin DAP.

Mereka juga menimbulkan kemarahan rakyat apabila melakukan ugutan perlaksanaan tulisan Jawi di sekolah vernakular, kenyatan rasmi dalam Bahasa Mandarin, mengadakan majlis memperingati komunis, penjualan aset bumiputera seperti Tabung Haji dan mencampuri urusan MARA.

Mereka turut membatalkan kontrak untuk diberi kepada syarikat pro DAP, pengecilan syarikat dan lantikan baru secara kontrak kepada kader-kader DAP ke dalam pentadbiran kerajaan dan lebih ketara semua ini menghasilkan ketegangan kaum terburuk sejak 13 Mei 1969.

Medan ketegangan kaum boleh dilihat di media sosial dan kesannya lebih teruk berbanding secara tradisional lima dekad lepas.

Barisan Kabinet yang sedia ada sangat lemah mengeluarkan kenyataan memalukan negara dan melakukan banyak kerosakan yang sukar patah balik.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengambil langkah segera untuk melakukan penambah baikan.

Atas faktor menteri sekarang tidak mampu, Dr Mahathir terpaksa melihat kepada calon barisan pembangkang yang mampu memegang sumpah jawatan iaitu menumpahkan taat setia sepenuhnya pada Malaysia.

Kemuncak yang berlaku pada hari ini sebenarnya adalah pemuafakatan Ahli Parlimen dari politik yang telah pun berada di Parlimen samada mereka mampu memberi persetujuan untuk dilantik ke jawatan kabinet baharu.

Sekaligus bermaksud meninggalkan Pakatan Harapan yang dimonopoli oleh DAP untuk mengembalikan kuasa pentadbiran yang lebih teratur.

Atas faktor masa yang singkat berbaki hanya tiga tahun lagi berakhirnya mandat pemerintahan sebelum pilihan raya seterusnya, transformasi pentadbiran perlu disegerakan.
Perkara ini adalah yang terbaik dan efektif kerana di kala negara berhadapan ancaman ekonomi dan kesihatan covid-19, perang dagangan US-China trade war dan sengketa Iran-US

Sehubungan itu negara memerlukan barisan pemikir yang boleh menasihati Perdana Menteri agar keadaan negara dan ekonomi dapat dipulihkan dengan segera.

Negara akan kerugian banyak kos jika parlimen dibubarkan, kerana pilihan raya tetap orang yang sama bertanding.

Jangan marahkan nyamuk kelambu  dibakar.

Jadi penyelesaiannya bukan bubar parlimen tetapi bubar kabinet sahaja sebab Ahli Parlimen adalah anggota kerajaan, di luar Parlimen mereka adalah mengikut parti masing-masing termasuk blok pembangkang.

Tetapi apabila dalam Parlimen adalah anggota kerajaan, itu dikatakan Raja Berpelembagaan.

Pada sidang Parlimen, Yang di Pertuan Agong akan rasmi perlembagaannya parlimenlah.

Ramai orang mahu Parlimen dibubar tetapi ini adalah pilihan yang tidak tepat  kerana merugikan, buang masa dan menyusahkan rakyat sahaja.

Jika tidak ditukar Perdana Menteri pun masih boleh dibuat pembetulan mana-mana yang boleh.

Apa yang diperlukan hanyalah perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong bagi Dr Mahathir membubarkan kabinet sedia ada dan melantik kabinet baru.

Ahli kabinet baru boleh dilantik daripada mana-mana Ahli Parlimen.

Tidak semestinya Ahli Parlimen pakatan harapan.

Seperti yang telah dinyatakan, berparti politik adalah diluar Parlimen. 

Dalam parlimen tiada parti semuanya adalah ahli kerajaan wakil rakyat.

Tiada istilah kerajaan dan pembangkang. 

Ini bermakna Dr Mahathir boleh melantik Ahli Parlimen dari UMNO, PAS , MCA, MIC sebagai anggota kabinet seperti menteri.

Diharapkan tindakan ini membawa kembali kepada asal usul pembentukan negara demokrasi berpalimen dengan Raja Berperlembagaan, melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya.

Namanya pun wakil rakyat, bukan wakil parti.

*Penulis menjadi wartawan semenjak 2008 dan sudah memenangi 28 aungerah termasuk Anugerah Kajai.
Banyak kali diugut dan sekarang berhadapan satu tuduhan menyebar berita palsu di Mahkamah kerana menyebut nama seorang individu semasa mempersoalkan kemasukan kapal persiaran mewah. 
LihatTutupKomentar
Cancel