Ajal langgar paip
MIRI: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri lalu melanggar paip besar tepi jalan di Kilometer 5, Jalan Miri Airport, di sini,tengah malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata,kejadian jam 12 malam itu menyebabkan kereta mangsa bergolek beberapa kali sebelum terbalik di tengah jalan.
"Mangsa, Wong Yei Yang, 28, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,ketika kejadian kereta Proton Wira yang dipandu mangsa bergerak dari arah bandar raya Miri menuju ke Bintulu.
"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital Miri untuk bedah siasat,"ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.