Mama paling "hot" di dunia


VIRAL: Kembar ke, adik-beradik? Cuba kitak teka?

Ha cuba kitak teka tok kembar ke adik-beradik? 

Dua-dua pun bukan, mereka tok adalah ibu dan anak dari California, Amerika Syarikat.

Dipetik dari Oddity Central baru-baru ini, Joleen Diaz, 43 digelar sebagai “the world’s hottest mom” dalam media sosial.

Wajahnya yang awet muda menyebabkan dia sering disalah anggap sebagai adik-beradik dengan anaknya berusia 19 tahun.

Joleen bekerja sebagai guru sekolah 'elementary' Ab berkata, dia tak kisah disalah anggap sebagai adik-beradik begitu juga anaknya.

Dia melahirkan Meilani ketika sangat muda malah ketika membesarkannya selalu mendengar orang mengatakan emaknya seperti kakak.

“Saya sangat menjaga kulit dan setiap hari membasuh muka pada waktu pagi dan sebelum tidur.

“Saya menjaga kulit pada usia sekitar 12 atau 13 tahun. Emak saya menggunakan Mary Kay dan saya curi-curi menggunakan produk penjagaan kulitnya," jelasnya dalam temubual baru-baru ini.

Tapi penjagaan kulit hanya sebahagian rahsia dia kelihatan muda. Diaz juga bersenam, diet sihat dan seimbang, cukup waktu rehat dan paling penting sikap bersahaja, tak terlalu memikir benda yang sudah berlalu dan masa akan datang.

“Saya hidup sangat mudah dan bersyukur dengan apa yang dimiliki," ujarnya lagi.

Gambar Diaz dan Meilani telah viral membuatkan ramai orang terkejut bahawa mereka adalah ibu dan anak bukannya adik-beradik.
LihatTutupKomentar
Cancel