Pemandu Grab tersepit
KUCHING: Pemandu Grab Perodua Axia tersepit manakala dua penumpang lelaki warganegara Indonesia bernasib baik kerana hanya cedera ringan setelah terbabit dalam kemalangan di hadapan Hilton, Jalan Tunku Abdul Rahman,di sini, malam tadi.
Dalam kemalangan itu kereta yang dipandu Awang Jaya Awang Jidon, 39, bersama dua penumpang Galih Shahril Sidik, 22, dan Sopian Nur, 39, dilanggar sebuah pacuan empat roda.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 11.09 malam.
"Maklumat orang awam 4wd tesebut menghala ke hotel Hilton lalu terbabas ke laluan sebelah dan melanggar Perodua Axia dari arah yang bertentangan.
"Seorang mangsa lelaki iaitu pemandu Grab kereta Perodua Axia masih tersepit di dalam kereta manakala dua orang lagi penumpang lelaki warganegara Indonesia yang cedera ringan berjaya dikeluarkan oleh orang awam,"katanya di sini hari ini.
Katanya,kedua-dua mangsa terus diberi rawatan awal oleh Unit Emrs Bomba dan terus dihantar ke Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk mendapat rawatan.