Alexander Vincent tinjau projek tembok Rumah Telajan di Kanowit.

Kanowit: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ngemah Alexander Vincent telah mengadakan Lawatan Kerja ke lokasi penyelengaraan tembok penahanan atau "Retaining Wall" di Rumah Telajan, Sungai Mapai, Kanowit, baru-baru ini.
Dalam lawatan kerja itu, beliau dan rombongan dibawa meninjau sendiri projek pembinaan tembok di rumah panjang tersebut yang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP).
Pembinaan projek tersebut membuktikan komitmen kerajaan GPS untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk.
Disamping itu, ianya juga usaha Alexander memastikan kepentingan penduduk bukan sahaja di kawasan Mapai malah di seluruh kawasan DUN Ngemah.
Pada majlis yang sama, penduduk rumah panjang jelas amat terharu dan berterima kasih kepada beliau dengan siapnya projek itu.
Mereka tidak perlu berasa takut dan lebih terjamin daripada ancaman tanah runtuh yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
Malah pada mereka, Alexander seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan amat mementingkan kebajikan rakyat di DUN Ngemah.
Sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih mereka tidak melepaskan peluang berjabat tangan dengan wakil rakyat itu,

LihatTutupKomentar
Cancel