Ali Biju semak borang 3,000 MPKP


KUCHING: Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju berkata, lebih 3,000 MPKKP telah ditubuhkan untuk seluruh Sarawak.

Menurutnya, dia juga telah menyemak dan mengesahkam MPKKP di Kuching. 

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun, berkata seramai 111,631 individu dilantik menganggotai 8,587 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) membabitkan lima negeri berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Menurutnya, pelantikan itu membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Sarawak.

Katanya, setiap MPKKP akan diberikan geran tahunan sebanyak RM10,000 bagi melaksanakan program atau aktiviti berkaitan ekonomi, kesejahteraan dan keceriaan.

“Peranan MPKKP amat besar di kampung masing-masing termasuk membantu Kerajaan Pusat merancang pembangunan di peringkat kampung.

“Dalam erti kata lain, mereka diminta menjadi agen perubahan dan membantu penduduk meningkatkan kualiti kehidupan di kampung. Menerusi pelantikan ini diharap dapat memberi impak positif di kampung selain menjadi contoh.

“Sebagai pendorong kepada tanggungjawab yang digalas pengerusi dan setiausaha MPKKP, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan elaun RM500 kepada pengerusi dan RM300 kepada setiausaha,” katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel