Kaki masuk jamban


IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Sri Kelebang, Chemor, semalam.

Difahamkan kanak-kanak itu tergelincir dan kaki kirinya termasuk ke dalam lubang tandas jenis mencangkung.



Anggota bomba bertindak menggunakan peralatan khas ‘Ram Bar’ untuk memecahkan lubang tandas bagi mengeluarkan kaki kiri mangsa yang tersangkut.

Foto ihsan Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh
LihatTutupKomentar
Cancel