Angkara cemburu, ajak 20 geng pukul kawan teman wanita


SIBU: Kerana cemburu seorang remaja sanggup membawa 20 rakan membelasah rakan teman wanitanya.

Suspek berusia 19 tahun bekerja di restoran di Jalan Pahlawan di sini.

Dia menuduh teman wanitanya mempunyai hubungan dengan teman lelaki lain iaitu mangsa. 

Suspek telah meminta pertolongan 20 rakannya mencari lelaki tersebut kira-kira jam 8 malam sebelum membelasah. 

  Mangsa yang cedera membuat laporan polis jam 11 malam. 

Sepasukan polis menahan suspek di restoran tempat bekerja pada jam 10 pagi tadi.

Rakan suspek turut diburu.
LihatTutupKomentar
Cancel