APMM rampas rokok seludup dari negara jiran

 Lahad Datu, 1 Feb (Bernama) -- Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) merampas 86 karton rokok pelbagai jenama serta 100 paket rokok tembakau berhampiran perairan Telukan dan jeti awam Lahad Datu, pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata bot peronda yang menjalankan tugas rondaan mengesan dua bot dalam keadaan mencurigakan pada 7.30 pagi.

"Menyedari kehadiran bot APMM, tekong dua bot berkenaan memecut laju ke arah kawasan daratan, dan melarikan diri bersama kru bot," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 Abdul Muhaimin berkata kedua-dua bot berkenaan didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu
"Kesemua barang rampasan dibawa ke jeti Perikanan Lahad Datu dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan lanjut," katanya dan menambah anggaran nilai rampasan sebanyak RM22,700.
-- Bernama
LihatTutupKomentar
Cancel