PAS Kaji Projek Solar Rumah Panjang

BINTULU - PAS Bintulu menerima kunjungan Lajnah Ekonomi, Hartanah & Pembangunan Usahawan (LEHPU) PAS Pusat yang turun meninjau kawasan rumah panjang yang akan dipasang solar panel bagi membolehkan mereka mendapat bekalan elektrik. 

Hadir mewakili LEHPU ialah En.Muhtar Suhaili selaku Timbalan Pengerusi 1 dan Tuan Hj Mazli Zakuan Mohd Noor selaku Timbalan Pengerusi 2 manakala PAS Bintulu diwakili oleh En.Arifin Rosli selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Bintulu.
Rumah panjang yang terletak di jalan pesisir Jepak-Kuala Tatau dekat Bintulu ini mempunyai 33 pintu rumah yang didiami seramai 200 orang penduduk. 

Projek solar ini adalah hasrat Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sendiri ketika hadir merasmikan program Hari Malaysia PAS pada 16 September tahun lepas. 
Sambutan meriah yang mendapat liputan media seluruh negara ketika telah membuka mata rakyat keseluruhannya bahawa PAS terus mendapat tempat di hati masyarakat. PAS yang dilihat asing terutama dimata non muslim suatu masa dahulu telah mula diberi peluang oleh mereka untuk berkhidmat kerana mereka mengenali PAS secara dekat. 

"Ternyata sangkaan serta persepsi jahat malah Islamophobia selama ini tidak mendapat tempat apabila mereka mengenali PAS dan penting untuk rakyat Sarawak tahu bahawa PAS bukan hanya untuk orang Islam sahaja" ujar En. Muhtar.

Projek ini signifikan kepada kemampuan PAS dan menunjukan bakti khidmat kepada rakyat Sarawak khususnya biarpun PAS belum memenangi kerusi di Sarawak.

 Pada Pilihanraya Negeri yang lepas, PAS Bintulu juga telah meletakan calon bukan Islam berbangsa Iban di Dun Kakus. 

"PAS di Bintulu berbeza dengan kawasan lain kerana kita memiliki kekuatan sokongan bukan Islam melalui Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), malah PAS Bintulu komited untuk melebar luaskan kebaikan politik Islam yang sesuai untuk semua bangsa" tambah Sdr Arifin Rosli, selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Bintulu.
LihatTutupKomentar
Cancel