Mangsa berdepan hukuman bunuh kerana belasah saspek sampai mati


MIRI: Seorang lelaki yang maut selepas dipukul malam tadi dipercayai kerana tindakannya mencuri telefon bimbit seorang wanita.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya berjaya menangkap tujuh suspek termasuk seorang wanita yang sebelumnya merupakan mangsa curi.

“Dengan penahanan kesemua suspek berusia antara 20 dan 40 tahun, kita percaya kes ini selesai,” katanya.

Dev Kumar menambah, siasatan awal mendapati mangsa dipukul kerana didakwa mencuri telefon bimbit wanita tersebut.

Katanya, mangsa dibawa oleh orang awam ke Balai Polis Pusat Miri kira-kira jam 9.35 malam tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Paramedik dari Hospital Miri yang datang ke balai polis mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Kes disiasat dibawah Kanun Keseksaan 302 kerana membunuh.
LihatTutupKomentar
Cancel