Curi telefon, dibelasah hingga mati

MIRI:Angkara disyaki mencuri telefon bimbit, seorang lelaki dibelasah sehingga mati oleh sekumpulan individu malam tadi.

Mangsa yang berlumuran darah dibawa orang awam ke Balai Polis Miri jam 9.35 malam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata,identiti mangsa yang maut itu masih belum dikenalpasti.

"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada badan mangsa," katanya dalam satu kenyataaan hari ini.

Katanya, tujuh lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia 20 hingga 40 ditahan bagi membantu siasatan. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
LihatTutupKomentar
Cancel