China dilanda H5N1

Ilustrasi 


BEIJING: Belum reda koronavirus, China kini bergelut dengan wabak baru selsema burung H5N1 yang melanda wilayah selatan Hunan, menurut Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar, semalam.

Ilustrasi 

Memetik sumber Reuters, kes pertama yang berlaku di sebuah ladang di bandar Shaoyang menyebabkan 4,500 ekor ayam telah dimusnahkan dengan jumlah keseluruhan telah mencecah 17,828 ekor ayam yang mati berikutan wabak itu.

 

Setakat ini tiada penularan wabak kepada manusia dilaporkan.

Ilustrasi 


 Wabak H5N1 yang terbaru berlaku ketika China dan negara-negara di seluruh dunia cuba menangani wabak virus Wuhan yang menyaksikan angka kematian meningkat kepada 304, semalam.

 Sehingga semalam, sebanyak 2,590 jangkitan baru yang disahkan di seluruh China, menjadikan jumlah terkumpul setakat ini mencapai 14,380.

 Pertubuhan Kesihatan Sedunia minggu ini mengisytiharkan wabak kecemasan kesihatan awam mengenai kebimbangan antarabangsa, tetapi berkata sekatan perdagangan dan perjalanan global tidak diperlukan.

LihatTutupKomentar
Cancel