Banjir kilat di Rumah Pedai, Kanowit



KANOWIT: Laluan jalan ke Rumah Pedai, Jalan Pedai Kanowit dekat di sini tidak dapat digunakan selepas dilanda banjir kilat sedalam kira-kira tiga kaki.


Maklumat dari bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit memberitahu, air telah naik melimpahi jalan raya berikutan hujan renyai-renyai yang berterusan sejak pagi tadi.


Tiada kerja-kerja pemindahan dijalankan dan keadaan adalah terkawal dan penduduk kampung dapat keluar menggunakan jalan alternatif lain. 

Pihak bomba hanya membuat pemantauan dan memberi nasihat kepada penduduk rumah panjang di sekitar kawasan tersebut untuk lebih berhati-hati.
LihatTutupKomentar
Cancel