Bau banjir kilat


BAU: Hujan lebat sekejap sekejap menyebabkan dua kawasan kampung dekat sini ditenggelami banjir kilat sejak petang ini.

Kawasan kampung terbabit ialah Kampung Setenggang dan Kampung Segong.

Makumat Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, kedua-dua kampung itu ditenggelami air sedalam satu hingga dua kaki.
Situasi terkawal dan paras air menurun. Terdapat jalan raya yang terputus akibat banjir di Jalan Segong yang ditenggelami air sedalam dua kaki.
LihatTutupKomentar
Cancel