Bersatu mahu berpisah?
Oleh Azizi Safar
Esok pagi Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM akan bermesyuarat. Dua hari selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang tegang.
Peramal kata mesyuarat esok pun boleh jadi panas juga. Tegang mungkin tidak sebab Anwar Ibrahim tak terlibat dalam mesyuarat.
Tapi hal berkaitan Anwar Ibrahim tentu menjadi tajuk perbincangan mesyuarat esok.
Jika benar bagai disebut, Muhyiddin Yassin tentu tak sedap duduk. Katanya dalam perjumpaan pra-mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dia turut desak Mahadet tetapkan tarikh peralihan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim.
Marzuki Yahaya SUA PPBM pulak dikatakan telah buat ugutan PPBM dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan keluar Pakatan Harapan jika Mahadet terus didesak lepaskan jawatan PM.
Mungkinkah mesyuarat MPT PPBM esok akan bincang kemungkinan PPBM keluar keluar Pakatan Harapan dan bentuk Kerajaan baharu dengan parti-parti lain sebelum November ini?
Isu berkaitan tindakan Peguam Negara memberhentikan prosiding terhadap 12 individu terkait dengan gerakan teroris LTTE tentu akan turut dibincangkan.
Apakah akan ada syor supaya kontrak Peguam Negara yang yang tamat pada Jun ini tidak disambung? Jika ya, siapa pulak akan dicadangkan untuk menjadi pengganti Mohan Thomas?
Apa pun tunggu sidang media selepas mesyuarat MPT PPBM esok, jika ada.
In the meantine, do not lose sleep thinking about it tonite ...
***Penulis merupakan seorang pesara. Mendapat pendidikan awal di Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat. Aktif berpolitik di peringkat akar umbi bersama UMNO Barisan Nasional di Pulau Pinang.