Belia Samariang disaran anjur program skala besar


KUCHING, 1 Feb:Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan menawarkan membiayai penganjuran satu acara berskala besar yang dimahukan kalangan belia kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang tahun ini.

Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata demikian dan meminta belia dalam kawasan terbabit mula berbincang sesama mereka tentang bentuk acara berskala besar itu yang dimahukan mereka.

"Belia (di Samariang) bolehlah mengesahkan antara satu sama lain samada kamu mahu konsert kah, pertandingan bola kah, pertandingan bola jaring kah ataupun apa-apa,  satu acara yang boleh kamu aturkan besar-besaran di Samariang,"katanya ketika menghadiri Program Jelajah Belia Sarawak 2020 @ Samariang di Dewan Kampung Samariang Batu, Petra Jaya, di sini, hari ini.
Abdul Karim tidak memberikan butiran pembiayaan pihaknya, tetapi mahu acara besaran yang dipilih belia kawasan itu dari segi penganjurannya membabitkan semua belia samada yang masih bersekolah ataupun belia dari parti politik dan sebagainya.

"Kalau boleh, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang akan merasmikan acara terbabit."katanya.

Selain itu, beliau juga akan membenarkan belia yang masih sekolah di kawasan DUN Samariang mengunakan kemudahan Kompleks Sukan Sarawak kerana kebanyakan sekolah terbabit terletak berhampiran dengan kompleks itu.

"Kompleks sukan itu dibawah jagaan kementerian saya. Kalau kamu (belia) mahu mengunakannya kompleks sukan itu samada Stadium Perpaduan, Stadium Negeri, padang sasar menembak atau padang hoki dan sebagainya maklumkannya sahaja kepada kami melalui sekolah kamu,"katanya.

Beliau berkata pihak yang mengunakan kemudahan kompleks sukan terbabit akan dikenakan bayaran tertentu tetapi khusus bagi sekolah di DUN Samariang boleh memohon pengurangan bayaran itu dari pihaknya.
tamat

keterangan gambar:

1. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (enam dari kiri)  dan Ahli Dewan Ungangan Negeri (ADUN) Samariang, Syarifah Hasidah Syeed Aman ( lima dri kiri) bersama belia di Samariang yang menghadiri Program Jelajah Belia Sarawak 2020 @ Samariang di Dewan Kampung Samariang Batu, Petra Jaya, di sini, hari ini.


2. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ( tiga dati kiri) menjawab soalan belia ketika menghadiri Program Jelajah Belia Sarawak 2020 @ Samariang di Dewan Kampung Samariang Batu, Petra Jaya, di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel